Wednesday, November 13, 2013

Kemahiran Mendengar



Bagaimana Mahir Mendengar & Disenangi Orang?

Mendengar adalah satu bahagian penting dalam komukasi dengan orang yang ada di sekeliling kita. Dengan mempunyai kemahiran mendengar yang betul, kita akan mudah menjadi seorang yang disenangi dan mampu menyelesaikan banyak masalah dalam kehidupan ini.

Setiap perbualan yang baik dan harmoni dimulai dengan menjadi pendengar yang baik. Begitu juga banyak permasalahan yang timbul dalam hidup kita adalah disebabkan kurang mendengar apa yang disampaikan orang lain, lantas mengakibatkan salah faham. Daripada masalah keluarga sehingga ke masalah di tempat kerja dan di mana sahaja.

Allah s.w.t menciptakan kita dengan dua telinga dan satu lidah, agar kita lebih banyak mendengar daripada banyak berkata-kata. Seseorang pernah berpesan kepada anaknya,

“Wahai anakku, belajarlah seni mendengar seperti mana kamu belajar seni berkata-kata.”

Baca selanjutnya di sini
 http://www.notausahawan.com/2013/11/bagaimana-mahir-mendengar-disenangi.html

No comments:

Post a Comment